" ✿ Sya ✿ "

flaw

Hello People


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

AQILAH
FATIHAH
FAKHIRA





There's Always a Reason part 1}
December 18, 2011 | 1:22 AM | 0Comment


MAIN CHARACTERS.

Gongchan

(GonchanSik B1A4)


Syaa

(Syazana Comel Gila :P)

Ok this is for YOU. Mcm tk ada kena mengena, tapi Syaa tu mcm hg la hg tau dak? haha

“Warghh!” Gong Chan Sik, atau Gongchan, menguap selepas pulang dari parti rakan-rakannya. Puas dia menyanyi di karaoke set kawan nya, Sandeul, dan makan steak yg dibuat oleh Jinyeong. Mereka kemudian pulang pada pukul 1 pagi. CNU mempelawa Gongchan untuk menghantarnya pulang namun dia mahu berjalan sahaja ke rumahnya untuk menikmati udara segar. Dia tinggal tidak jauh dari rumah Sandeul jadi ia tidak menjadi masalah baginya.

“Baik aku pasang lagu kat MP3, lagi syok.” Gongchan kata pada dirinya sendiri dan mengeluarkan alat MP3 daripada beg galasnya. Sedang dia meletakkan alat pendengar di telinga nya, dia terpandang di atas bangunan dan ternampak susuk tubuh seorang perempuan di hujung bangunan tersebut. “Bapak ah, hantu ke tu siot?” Bila diamatinya dengan teliti, perempuan itu merupakan jirannya, Syaa!

“Eh pehal dia tu. Nak bunuh diri? Oh Em Gee!” Dia nampak Syaa menanggalkan kasutnya dan menjatuhkannya ke bawah. Gongchan makin cemas. Kemudain Syaa melompat pula. Gongchan yang merupakan juara lumba lari di waktu sekolah terus memecut dan melompat ke arah Syaa. Sempat-sempat sahaja dia menangkap Syaa.

“Opocot mak aku! Nasib baik aku sempat!” kata Gongchan. Dia melihat muka Syaa yg sedang menutup mata dengan rapat dan mengetap bibirnya. Tiba-tiba Syaa membuka sebelah matanya.

“Eh, aku dah mati ke belum? Eh Gongchan, kau dah mati ke?” Tanya Syaa terpinga-pinga. Gongchan tergelak lalu berkata “Tak lah budak. Aku selamatkan kau!” Syaa membulatkan matanya dan melepaskan dirinya dari dakapan Gongchan. “Pehal kau selamatkan aku?!” Syaa menghentak kakinya ke tanah dan pergi mencari beg tangannnya yg dijatuhkannya.

“Oh, tadi kau mmg nak mati eh? Maaf la.” Jerit Gongchan dengan nada yg menyampah. “Ye la, aku dah bersedia!” Balas Syaa. Kemudian Syaa duduk di atas jalan raya dengan keadaan bersila. Gongchan melompat di depannya dan berkata “Kau nk kena langgar pula? Pe masalah kau?”

Syaa menjeling ke arah Gongchan dan mengeluarkan lidahnya. Kemudian dia menggembungkan pipinya dan memuncungkan mulutnya. “Syaa, kau tk jawab soalan aku.”

“Aku dah bosan dengan hidup lah. Boyfriend aku tinggalkan aku untuk perempuan lain. Mak ayah aku punya business dah bankrupt, patu nk guna duit simpanan aku.” Mata Syaa mula berkaca. Gongchan kemudian memegang tangan Syaa dan menariknya. “Hey, kau buat apa ni?” Tanya Syaa.

“Aku nk tolong kau la.” Kata Gongchan dengan selamba.

----------------

Gongchan membawa Syaa ke rumahnya. Syaa pula dipaksa duduk di atas sofa. Gongchan berjalan ke arah dapur untuk membawakan Syaa makanan ringan.

“Asal kau bawa aku ke rumah kau?” Tanya Syaa dengan nada marah. Gongchan membawa segelas air mangga dan keropok udang untuk Syaa dan berkata “Hari ni kau tidur rumah aku. Esok aku kasi kau enjoy hidup kau sebelum kau mati.” Gongchan senyum ke arah Syaa dan masuk ke biliknya. Syaa pula terpinga-pinga. “Mamat ni, otak straight ke tak?” dia kata pada dirinya sendiri dan mula menjamah hidangan yg diberi oleh Gongchan. Kemudian dia tertidur.

----------------

Keesokan hari nya Gongchan menyiram muka Syaa dengan air sejuk. Syaa terus bangun dan tercungap-cungap untuk oksigen.

“Kau gila ke apa?!!!!!!!” jerit Syaa dengan rambut terpacak-pacak. Gongchan terus gelak berguling-guling di atas lantai. “Kau kan nak mati malam ni, so apa salhnya kau bangun dengan segar sikit. Today is gonna be a good day!” Gongchan kemudian menghulurkan tuala, berus gigi yg masih dalam bungkusan dan sepasang baju miliknya.

“Pi mandi, lepastu kau pakai baju aku dulu. Jgn risau ni baju unisex.” Gongchan mengangkat keningnya lalu meletakkan barang barang tersebut di sebelah Syaa. Dia kemudian pergi membuat sarapan sambil bersiul lagu Wonderful Tonight. Syaa meniup rambut hadapannya ke atas dan pergi mencari tandas.

----------------

Pada pukul 12 tengah hari, Gongchan membawa Syaa ke funfair. Mereka pergi dengan scooter milik Gongchan. Dalam perjalanan Gongchan bergurau dan membawa scooter-nya dengan kelajuan yg tinggi sbb dia suka melihat rambut Syaa yg panjang itu menggerbang. Perjalanan itu mengambil masa 30 minit.

“Asal kau bawa aku ke sini? Nak main roller coaster ea?” Tanya Syaa sambil membetulkan rambutnya.

“Tak lah, aku dengar sini ada kedai souvenir yg best jd aku nk jenguk jap. Kalau nk main roller coaster pun boleh meh, aku belanja kau. Kan hari ni hari last kau nk hidup.” Gongchan menjelirkan lidahnya ke Syaa dan pergi membeli tiket masuk. Syaa mencemikkan mukanya.

“Meh aku pakaikan gelang ni, budak kecik” kata Gongchan sambil menarik tangan Syaa dan memakaikan gelang funfair itu. Syaa menurut sahaja. Kemudian, mereka masuk ke funfair itu. “Bapak ramai doh. Syaa pegang tangan aku, kau tu dah la kecik. Kalau hilang susah pula. Tak jadi kau nak mati hari ni.” Kata Gongchan lalu memegang tangan Syaa.

“Kau nk peril aku eh?” Kata Syaa. Gongchan berpura-pura tidak dengar lalu menarik tangan Syaa.

-----------------

“Jom naik yg tu.” Kata Gongchan sambil menunjuk ke arah roller coaster yg tinggi. Syaa membulatkan mata dan menggelengkan kepalanya. “Kau takut eh? Don’t worry, aku ka nada. Har har.” Gurau Gongchan sambil menepuk dadanya dan mengenyitkan matanya ke Syaa. Kemudian dia menarik tangan Sya dan beratur dia barisan roller coaster tersebut. Selepas menggu 5 minit, mereka dapat tempat duduk di bahagian hadapan.

“Weh, kalau kau takut, kau pgg tangan aku lepastu kau jerit kuat kuat ‘Gongchan comel!’ tau? Hahaha.” Gurau Gongchan selamba. Syaa mencemikkan muka dan pura-pura merajuk. “Alelele,” kata Gongchan sambil menjelirkan lidahnya. Tiba tiba penjaga roller coaster itu menjerit “Sedia!” dan memulakan pemainan itu. Apabila sampai ke puncak yg tertinggi, Syaa memegang tangan Gongchan dan menjerit “Gongchan busuk!!!” sambil ketawa riang.

“Salah la woi!! Hahahahaha.”

------------------

“Ini order anda. Satu steak daging lembu dengan kentang, fish and chips, air limau barli dan air guava pink. Selamat menjamu selera.” Kata pelayan restoran itu kepada Gongchan dan Syaa. Gongchan membayar ‘on-the-spot’ dengan duitnya.

“Hari ni, aku belanja kau. Makan lah puas-puas. Aku akan pastikan kau ke dunia sana dengan aman.” Kata Gongchan sambil memotong daging steaknya. “Kau ni tak habis habis aku dengan mati tu.” Balas Syaa dengan muka yg masam. Gongchan ketawakan sahaja Syaa. Mereka segera menghabiskan makanan mereka dan berlalu ke kedai souvenir.

Di situ, Gongchan membelek patung kecil dan memesan 20 buah patung itu. Syaa terkejut lalu bertanya, “Kau nk kasi kat siapa banyak banyak gini?” Gongchan meletakkan jarinya di bibir Syaa dan berkata “Secret.”

Mereka membawa patung patung itu ke scooter Gongchan. Syaa mengheret beg yg membawa patung patung itu dan bertanya, “Boleh ke bawa guna scooter je ni?”

“Weh, this scooter is 10 years old. Nothing’s impossible.” Balas Gongchan lalu memaki spek hitam kegemarannya.

-----------------

Seoul Orphanage?” kata Syaa sambil membaca papan tanda yg terpampang di depan sebuah rumah dua tingkat berwarna kuning. “Ni rumah anak yatim adik aku uruskan. Hari ni ulangtahun keuda mereka, jadi aku nk berikan mereka hadiah.” Gongchan menunjukkan ID card nya kepada Pak Guard dan membawa scooter nya masuk. Mereka kemudian membawa beg yg berisikan patung dan mengutuk pintu rumah itu.

“Helloooooooooooooooooo. Uncle Gongchan datang ni!” jerit Gongchan sambil mengetuk pintu. Seorang kanak-kanak kecil perempuan datang membuka pintu dan terpancar wajah ceria pada mukanya. “Mama Chichi, uncle Gongchan datang!!” kata kanak-kanak itu. Kemudian kedengaran suara kanak-kanak berusia 4 sehingga 12 tahun memenuhi rumah itu. Gongchan membuka kasutnya dan memasuki rumah itu diikuti Syaa.

“Ah, Gongchan, terima kasih la datang hari ni.” Kata seorang wanita yg dipanggil Mama Chichi oleh kanak-kanak disitu. “Ni untuk budak-budak dkt sini” kata Gongchan sambil menghulurkan beg yg berisi anak patung kepada adiknya.

“Oh, ni siapa pula?” Tanya chichi sambil menunjuk ke arah Syaa. “Nama saya Syaa. Saya jiran Gongchan.” Syaa memperkenalkan dirinya sambil tersenyum amnis kepada anak anak di situ. Gongchan pula menarik Syaa ke satu sudut.

“Weh, tengok ni. Budak-budak ni adik aku ambil derang dah tak ada harapan nk hidup. Tapi derang still gembira walupun derang dah lalui masa msa perit.” Kata Gongchan sambil tersenyum ke arah Syaa. Syaa termenung kosong sahaja ke arah kanak-kanak yg sedang bergelak ketawa bermain dengan mainan baru mereka. Tiba-tiba Gongchan menarik tangan Syaa dan meletakkan satu pasu kecil yg penuh dengan bunga yg berwarna-warni. “Apa pula ni?” Tanya Syaa. “Hadiah.” Jawab Gongchan ringkas lalu berlalu pergi bermain dengan kanak-kanak tersebut.

Syaa tersengih sendirian sambil menyentuk bunga-bunga kecil itu. Dia berjalan di sekitar kawasan rumah itu dan ternampak susuk tubuh seorang kanak-kanak di dalam pokok-pokok. Syaa mendekati kanak-kanak itu dan ternampak seorang budak perempuan dalam lingkungan 7 tahun sedang menyorok dari Syaa.

“Hai.” Kata Syaa sambil melambaikan tangan nya. Kanak-kanak itu menyorok lagi. “Nama awak siapa? Nama kak Syaa… jangan lah menyorok…” kata Syaa dengan lembut. Budak perempuan itu mengintai sahaj. Syaa perasan bahawa dia memerhati pasu bunga kecil di tangan Syaa. “Awak suka ini?Nah akak kasi.” Syaa menghulurkan pasu bunga kecil itu. Dia sedih untuk melepaskan pasu bunga itu tapi dia tidak mahu bduak itu terus kesejukan di luar.

Kanaka-kanak itu keluar dan mengambil pasu bunga itu. Dia tersenyum dan memeluk Syaa. Syaa gembira dan membawa budak itu ke dalam. “Nama saya Anis.” Kata budak perempuan itu dengan lembut.

“Anis! Haih, mama dh lama cari Anis tau?” jerit Chichi kecemasan sambil memeluk Anis. “Saya jumpa dia dekat luar..” kata Syaa. Chichi berterima aksih kepada Syaa dan mengatakan bahwa Anis kehilangan kedua ibu bapanya dua bulan yg lalu. Syaa org pertama yg dapat berbaik-baik dgn Anis.

“Weh, kecik. Balik!” jerit Gongchan memanggil Syaa.

------------

Hari dah beransur malam, Gongchan pula membawa Syaa ke puncak bukit yg tidak lah terlalu tinggi, namun cukup untuk melihat pandangan yg indah. Gongchan meletakkan sehelai kain di situ lalu menyusun makanan. Kemudian dia memimpin Syaa dan menyuruh Syaa duduk.

“So, kau jadi tak nak pergi alam sana hari ni?” kata Gongchan sambil tersengih. Syaa tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Gongchan membalas senyuman Syaa dan menuang segelas air plum. “Sebenarnya aku dah agak dah yg kau akan bagi pasu bunga tu dat budak tu. Ye lah, kau kan ada aura makcik makcik haha.” Gurau Gongchan. Syaa hanya mampu tersenyum.

“Cantiknya pemandangan dkt sini.” Kata Syaa dengan lembut. Gongchan memandang muka lembut Syaa dan tersenyum. Dia kemudian menghulukan sekuntum bunga ros segar. Syaa terkejut dan berkata, “Untuk aku ke ini?” Gongchan mengangguk dan meletakkan bunga ros itu di tangan Sya. “Dia takde duri, ros ni special.” Kata Gongchan.

“Syaa, kau igt tak kau tolak pelawaan aku untuk bawak aku pergi majlis tari-menari tu? Aku sedih gila tau dak?” kata Gongchan dengan nada yg muram. “Lah, tu kau ke? Bapak nerd kau dulu sekarang dah hensem dah haha.” Kata Syaa yg hamper tersedak minum air plum dia.

“Kalau sekarang ni ada tk peluang nk nari dengan aku?” kata Gongchan sambil mengangkat sebelah keningnya. Dia bangun dan menarik Syaa. Kemudian mereka menari ala-ala waltz.

“Kalau la kau tk selamatkan aku semalam, tak ada lah kau nk nari dengan aku hari ni kan? haha.” Kata Syaa sambil tergelak.

“Syaa, kau tau tak dari dulu aku suka kat kau? Tapi aku segan doh. Haha sekarang pun sama.” Kata Gongchan yg semakin merah pipinya. Syaa tersenyum dan meletakkan kepalanya di dada Gongchan.

Aku pun

Pada malam itu, Gongchan menghantar scooter nya ke rumah nya dan menghantar Syaa balik ke rumahnya. Setelah tibe je di rumah Syaa, Gongchan mengusap kepala Syaa dan mengucapkan selamat tinggal. Syaa memerhatiakn saja Gongchan dengan perasaan yg bercampur aduk.

TO BE CONTINUED!!!!!